Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

74 Diberkas Ops Khas Pasar Karat

Diterbitkan: 09 Feb 2015 1.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR: Sertamai 74 individu yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiga individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes jenayah berjaya diberkas dalam Ops Khas di Pasar Karat di Jalan Petaling, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/74-diberkas-ops-khas-pasar-karat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:19 MYT
KUALA LUMPUR: Sertamai 74 individu yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiga individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes jenayah berjaya diberkas dalam Ops Khas di Pasar Karat di Jalan Petaling, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata pihaknya, turut menahan dua wanita dalam operasi yang dijalankan kira-kira 8 pagi.

Menurutnya, objektif operasi dijalankan untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang dipercayai menjual dan membeli barang curi di kawasan ini selain mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang tiada permit untuk menjalankan perniagaan di sekitar kawasan tersebut.

74 Diberkas Ops Khas Pasar Karat
Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 09 Feb 2015 1.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM