Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

735 Tangkapan Dalam Tempoh Lima Hari Ops Komersil

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kuala Lumpur, 30 Nov - Ops Komersil yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Isnin lepas bagi menangani jenayah kormesil, termasuk jenayah siber berjaya membuat 735 tangkapan, sehingga sema..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/735-tangkapan-dalam-tempoh-lima-hari-ops-komersil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:44 MYT

Kuala Lumpur, 30 Nov - Ops Komersil yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Isnin lepas bagi menangani jenayah kormesil, termasuk jenayah siber berjaya membuat 735 tangkapan, sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata tangkapan itu dibuat hasil 434 operasi yang diadakan di seluruh negara dalam tempoh lima hari lepas.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di pusat beli-belah The Curve dekat sini, hari ini.

Menyentuh mengenai jenayah komersil, terutamanya jenayah siber, beliau berkata PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara sentiasa mengkaji dan melihat sama ada akta yang sedia ada berkaitan jenayah siber cukup untuk bertindak terhadap pelakunya.

"Kajian itu dilakukan bagi memastikan tiada kelonggaran pada akta sedia ada dan pindaan akta akan dilakukan sekiranya perlu," katanya.

Mohd Bakri turut mendedahkan, Malaysia berada di tempat keenam di dunia yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berdasarkan laporan sebuah firma Amerika Syarikat iaitu Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013.

"Pengguna Internet di Malaysia ketika ini mencecah 13 juta. Trend Malaysia ketika ini lebih kepada E-Commerce (perdagangan elektronik) iaitu pembelian di atas talian dengan kerugian tertinggi pernah dicatat pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM34 juta melalui sindiket penipuan bungkusan.

"Berdasarkan siasatan dan kajian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendapati faktor kecuaian pengguna dan kurang kesedaran tentang teknologi merupakan penyebab utama peningkatan kes-kes penipuan jenayah siber di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJK Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata banyak lagi perlu dilakukan untuk menjamin sistem ada dalam negara mencapai tahap yang dapat menangkis serangan siber, terutama dari segi undang-undang dan langkah-langkah keselamatan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM