Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

7 Rempuh Pagar Surau Kena Tahan

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang dipercayai mabuk berang apabila perbuatan mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau terbabit ditegur seorang Jemaah yang berada dalam kawasan berke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/7-rempuh-pagar-surau-kena-tahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:47 MYT
Tujuh pemuda berusia 20 hingga 23 tahun ditahan polis kerana merempuh pagar serta memecahkan cermin surau Pangsapuri Sri Palma Villa dekat Mantin di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek yang dipercayai mabuk berang apabila perbuatan mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau terbabit ditegur seorang Jemaah yang berada dalam kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata kejadian itu berpunca daripada salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan.

Semua suspek direman sehingga jumaat ini untuk siasatan lanjut. 

7 Rempuh Pagar Surau Kena Tahan

SUMBER : BERITA HARIAN
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM