7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
Bukit Aman, 4 Oktober 2011 -
"PDRM terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan sentiasa
memantau dan meningkatkan pemeriksaan di lapangan terbang KLIA dan LCCT
bagi membendung penyeludupan dadah oleh sindiket warganegara asing ini"
ujar YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik semasa sidang media di Dewan Theatrette bukit aman pada
petang ini.
Sidang
media ini diadakan berikutan kejayan pihak JSJN menyelesaikan 7 kes
penyeludupan oleh warganegara asing sejak 29 September 2011 hingga 3
Oktober 2011. Sebanyak 12 tangkapan telah dibuat dan kesemua yang
terlibat terdiri daripada 4 lelaki warganegara Iran, 5 lelaki
warganegara Nigeria, 1 lelaki warganegara Benin, 1 lelaki warganegara
Pakistan, dan 1 perempuan warganegara Filipina. Jumlah rampasan dadah
yang dibuat adalah sebanyak 10.18kg Syabu dan 4.58kg Heroin dan
dianggarkan nilai rampasan dadah berjumlah RM2.17 juta mengikut harga
pasaran.
Antara kes-kes yang menarik perhatian adalah seperti berikut:
- Pada 26/9/2011 lebih kurang jam 4.30 petang di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria dan merampas 2kg Syabu yang disembunyikan dalam beg yang mengandungi alat muzik (Trompet).
- Pada 29/9/2011 jam 12.40 tengahari di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Pakistan yang dipercayai menelan dadah. Pemeriksaan di hospital mendapati di dalam perut subjek mengandungi ketulan-ketulan disyaki dadah. Sehingga kini sebanyak 25 ketul telah dapat dikeluarkan. Subjek masih ditahan di hospital untuk mengeluarkan semua ketulan dadah.
- Pada 30/9/2011 jam 10.15 malam di KLIA telah berjaya menangkap dua lelaki warganegara Nigeria dan seorang perempuan warganegara Filipina serta berjaya merampas 4.58kg Heroin yang disembunyikan dalam beg galas dan dipercayai untuk dibawa ke negara lain.
- Pada 1/10/2011 jam 10.15 malam di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria dan merampas 1.7kg Syabu yang disembunyikan dalam botol-botol krim.
- Pada 2/10/2011 jam 10.20 malam di KLIA telah berjaya menangkap seorang warganegara Nigeria dan merampas 0.74kg Syabu yang disembunyikan dalam speaker.
- Pada 3/10/2011 jam 3.20 petang di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Benin dan merampas 3kg Syabu yang disembunyikan dalam beg pakaian.
Kesemua yang ditangkap
adalah dalam lingkungan umur antara 23 hingga 41 tahun dan di antaranya
ada yang bekerja sebagai peniaga dan juga pelajar kolej swasta dan kini
sedang berada dalam tahanan reman sehingga 7 Oktober 2011 untuk siasatan
lanjut.

YDH
CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (dua dari kiri) menunjukkan komputer riba yang digunakan tempat
mengisi dadah.

YDH
CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik menunjukkan botol-botol krim tempat mengisi dadah.

YDH
CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik menunjukkan peti pembesar suara yang digunakan untuk
menyembunyikan dadah.

Dadah dibungkus dalam bekas nipis dan masukkan ke dalam ruang-ruang bagasi.

YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam sidang media.

Antara jemputan media yang hadir.
Jurufoto : Konst Raymond
Wartawan : Konst Raymond
Penyunting :