Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

69 Pendatang Asing Ditahan Seludup Masuk

Diterbitkan: 10 Sep 2014 8.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba menyusup masuk melalui perairan pantai Kuala Sanglang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/69-pendatang-asing-ditahan-seludup-masuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:42 MYT
Jitra, 10 Sept - Seramai 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba menyusup masuk melalui perairan pantai Kuala Sanglang.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, warga Myanmar dan Bangladesh berusia 20-an dan 30-an serta dua kanak-kanak, mencuba nasib menyusup masuk melalui laluan laut selepas pergerakan melalui sempadan darat sering digagalkan pihak berkuasa.

Mereka ditahan anggota dari Balai Polis Ayer Hitam dengan bantuan pasukan dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor. 

Sumber: Berita Harian

69 Pendatang Asing Ditahan Seludup Masuk
ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2014 8.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM