Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

Diterbitkan: 10 May 2023 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Cheras, 10 Mei 2023 - Kehebatan para peserta dari 69 Komando nyata sukar ditandingi apabila merangkul kejuaraan bagi kategori individu serta berpasukan, sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Ujian Rentas Halangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), menerusi acara yang melabuhkan tirainya pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/69-komando-tepati-ramalan-juarai-keseluruhan-rentas-halangan-jabatan-kdnka-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:10 MYT

Cheras, 10 Mei 2023 - Kehebatan para peserta dari 69 Komando nyata sukar ditandingi apabila merangkul kejuaraan bagi kategori individu serta berpasukan, sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Ujian Rentas Halangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), menerusi acara yang melabuhkan tirainya pagi tadi.

Memburu gelaran juara pada hari kemuncak penutup Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA Tahun 2023 di Litar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, menyaksikan Koperal Anuar Abu Bakar dari 69 Komando mencatatkan masa terpantas 7 minit 42 saat menewaskan empat peserta akhir lain menerusi kategori individu.

Manakala dengan catatan masa 8 minit 15 saat pula, 69 Komando sekali lagi memadamkan impian lain-lain pasukan bertanding bagi menjulang piala pusingan setelah mengungguli kategori berpasukan pada tahun ini.

Melalui catatan masa yang direkodkan bagi kedua-dua kategori, setiap halangan ujian yang ditempuh seolah-olah "makanan" para peserta 69 Komando sendiri, hasil latihan-latihan lasak yang dilakukan setiap hari.

Turut diumumkan tadi ialah Naib Juara Kategori Individu yang dirangkul oleh Koperal Sharif Nordin Elias dari Batalion 6 PGA dengan catatan masa 7 minit 48 saat dan tempat ketiga, Lans Koperal Muhammad Shakir Halim dari 69 Komando yang hanya ketinggalan lima saat di belakang tempat naib juara.

Manakala Unit Tindakhas pula berbangga memahat nama menjadi Naib Juara Kategori Berpasukan, apabila berjaya mencatat masa 8 minit 29 saat diikuti Batalion 6 PGA dengan masa 9 minit 48 saat untuk menduduki tempat ketiga.

Kesemua hadiah dan sijil penyertaan kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain yang diiringi Pengarah Jabatan KDNKA selaku penaung, CP Dato' Sri Hazani Ghazali.

Ujian yang bermula pada 8 Mei itu disertai 20 pasukan dari pelbagai elemen dalam Jabatan KDNKA termasuk Pusat Latihan PGA dan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, dengan penyertaan 300 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis lain-lain pangkat.

Selain menyemarakkan semangat kerja berpasukan, ujian tersebut berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan warga Pasukan yang cergas dan berdaya saing serta menguji tenaga fizikal para peserta yang mengambil bahagian.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Hj. MOHD Yusoff Mamat, Komander Briged Tengah PGA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Zulkifli Jonit dan barisan Komander Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Shazril Abd Rashid.

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

69 Komando Tepati Ramalan Juarai Keseluruhan Rentas Halangan Jabatan Kdnka 2023

May be an image of 8 people and text that says 'UJIAN RENTAS HALANGAN JKDNKA POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 UH UU KOMANDO UDARA'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 3 people, people climbing and text

May be an image of 3 people

May be an image of 8 people and text that says 'UJIAN RENTAS HALANGAN JKDNKA POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 UD TINDAN UDARA UNIT TINDAKHAS'

May be an image of 3 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people and people climbing

May be an image of 4 people and text that says 'UJIAN RENTAS HALANGAN JKDNKA POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 1 UY OU AT'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'BAY 6 25M'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 9 people, bicycle and text

ArtikelDiterbitkan 10 May 2023 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM