Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

608 Anggota Kongsi Gelap Ditahan

Published: 19 Jun 2018 2.06 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Usaha memerangi ahli kumpulan kongsi gelap belum berakhir apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menahan 608 individu dipercayai terbabit dalam aktiviti gengsterisme sejak Januari hingga Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/608-anggota-kongsi-gelap-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:58 MYT

Usaha memerangi ahli kumpulan kongsi gelap belum berakhir apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menahan 608 individu dipercayai terbabit dalam aktiviti gengsterisme sejak Januari hingga Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, polis berjaya menangkap 118 individu di Selangor, 113 individu di Johor, 79 individu di Perak, Sarawak seramai 65 individu, Kedah seramai 49 individu dan Negeri Sembilan 46 individu.

Kesemua suspek tersebut dipercayai aktif dalam kegiatan kongsi gelap dan pelbagai jenayah terancang lain termasuk samun, dadah dan bunuh.

Manakala sepanjang tahun 2017, seramai 1,541 individu yang terbabit dalam aktiviti gengsterisme diberkas pihak polis dalam operasi Ops Cantas.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2018 2.06 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM