600 Bungkusan Air Daun Ketum Dirampas
Kangar,
19 Nov - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 600 bungkusan air
daun ketum bernilai kira-kira RM1,800 dalam Ops Tapis di Kampung Kepala
Batas Pauh, Sanglang dekat sini sini semalam.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata operasi di premis
kediaman lelaki terbabit pada pukul 10.40 pagi itu dibuat hasil maklumat
orang awam.
Kesemua
bungkusan air daun ketum yang dipercayai telah dicampur dengan
bahan-bahan lain itu ditemui oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik IPD Kangar dalam sebuah kotak plastik di kawasan belakang
premis itu, katanya.
Bercakap
pada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati
lelaki berusia 31 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan
dipercayai menjalankan kegiatan itu hampir sebulan lalu.
Ismail
berkata air daun ketum itu dipercayai diproses dengan campuran bahan
tertentu di kawasan lain sebelum dibawa ke kawasan belakang premis
kediaman lelaki itu untuk dipasarkan dengan harga RM3 setiap bungkusan.
Sumber :BERNAMA