
Article
60 Pegawai Dan Anggota Psp Kerah Tenaga Bantu Bersihkan Kawasan Di Kampung Tawas
Misi kemasyarakatan melalui Program Tangan Bersalaman itu melibatkan lima buah rumah penduduk, termasuk pembersihan di jalan raya dan pembuangan sampah sarap,...
Seramai 60 pegawai dan anggota dari Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) menggembleng tenaga melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah penduduk di Kampung Tawas, Ipoh, Perak yang terjejas teruk akibat dipukul ribut dan puting beliung baru-baru ini.
Misi kemasyarakatan melalui Program Tangan Bersalaman itu melibatkan lima buah rumah penduduk, termasuk pembersihan di jalan raya dan pembuangan sampah sarap, sisa kayu serta bumbung rumah yang telah rosak.
Sebanyak lima buah lori dan sebuah van digunakan dalam misi tersebut.








