Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

60 Pati Ditahan 20 Rumah Setinggan Diroboh Di Sandakan

Published: 24 Jul 2015 4.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Enam puluh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendiami penempatan setinggan berhampiran Taman Kenari Batu 7 dekat sini, ditahan dalam operasi bersepadu semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/60-pati-ditahan-20-rumah-setinggan-diroboh-di-sandakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:06 MYT

Sandakan, 23 Julai - Enam puluh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendiami penempatan setinggan berhampiran Taman Kenari Batu 7 dekat sini, ditahan dalam operasi bersepadu semalam.

Ia susulan kejadian seorang anggota bomba maut selepas terkena renjatan elektrik daripada pendawaian haram rumah setinggan ketika terlibat operasi memadam api belukar berhampiran taman perumahan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata operasi pada 4 pagi itu melibatkan pelbagai agensi termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Imigresen,
Jabatan Pendaftaran, Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Kesemua PATI yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Sibuga, katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS Sairin Abdul Rahman berkata 20 rumah setinggan dirobohkan di kawasan itu yang terletak di belakang Taman Kenari.

Katanya operasi meroboh rumah dilakukan pada 2 petang semalam susulan operasi bersepadu dilaksanakan pasukan keselamatan sebelum itu.

Menurutnya kesemua rumah yang dirobohkan adalah setinggan yang dihuni PATI.- BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 4.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM