Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

60 Liter Air Ketum Dirampas

Published: 17 Jun 2014 5.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan yang dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik itu turut berjaya menahan dua lelaki berumur 49 dan 64 tahun di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Renga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/60-liter-air-ketum-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:32 MYT

Kuala Kangsar - Hasil risikan dan maklumat orang awam, polis berjaya merampas 60 liter cecair dipercayai air ketum dalam dua serbuan berasingan di Padang Rengas, kelmarin.

Serbuan yang dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik itu turut berjaya menahan dua lelaki berumur 49 dan 64 tahun di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Rengas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang mengingatkan masyarakat supaya tidak membeli atau meminum air ketum kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda sehingga RM3,000.

Sumber: Sinar Harian

60 Liter Air Ketum Dirampas

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM