Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

6 Warga Vietnam Aktif Kes Pecah Pejabat Ditahan

Published: 28 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan enam lelaki warga Vietnam yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah masuk bangunan pejabat dalam Ops Tebuk pada 19 Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-warga-vietnam-aktif-kes-pecah-pejabat-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

Jasin, 29 Jan. - Polis menahan enam lelaki warga Vietnam yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah masuk bangunan pejabat dalam Ops Tebuk pada 19 Januari lalu. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah daerah itu dalam tiga serbuan berasingan antara pukul 2.45 pagi hingga 6 petang. 

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 25.6, Jalan Jasin-Bemban apabila pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback berwarna putih dalam keadaan mencurigakan dinaiki empat lelaki Vietnam. 

"Hasil pemeriksaan salah seorang daripada suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Pemeriksaan pada kenderaan pula menemukan beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan mereka iaitu topeng, sarung tangan, pemotong, gunting besi, pemutar skru, mesin pemotong dan anak kunci bersama penggera. 

Sumber: Utusan Malaysia

6 Warga Vietnam Aktif Kes Pecah Pejabat Ditahan

ArticlePublished 28 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM