Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

6 Penyamun Termasuk Wanita Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan enam orang termasuk seorang wanita selepas mereka menyamun seorang pengawal keselamatan dan melarikan sebuah kereta di Jalan Tun Ismail di sini malam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-penyamun-termasuk-wanita-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:18 MYT

KUANTAN 16 Mac 2010 - Polis menahan enam orang termasuk seorang wanita selepas mereka menyamun seorang pengawal keselamatan dan melarikan sebuah kereta di Jalan Tun Ismail di sini malam tadi.

Difahamkan, kereta jenis Proton Saga terbabit adalah milik pengawal keselamatan itu dan di dalamnya terdapat selaras senapang beserta empat butir peluru hidup.

Pegawai Turus Urus Setia, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian pukul 9.45 malam itu berlaku apabila pengawal keselamatan berusia 57 tahun tersebut didatangi seorang wanita berusia 20-an yang berpura-pura bertanya arah jalan.

"Ketika sedang berbual dengan wanita terbabit, tiba-tiba datang tiga lelaki berumur antara 18 dan 27 tahun mengamuk sambil menuduh kononnya pengawal keselamatan tersebut cuba mengurat teman wanita mereka.

"Apabila kekecohan berlaku, tiga lelaki terbabit bertindak menyamun mangsa manakala wanita itu bertindak melarikan kereta mangsa sebelum berpatah balik mengambil mereka bertiga," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, polis yang menerima laporan kira-kira 10.50 malam berhubung kejadian itu membuat rondaan dan terserempak dengan kereta curi tersebut di Jalan Sungai Lembing-Kuantan kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian cuba melarikan diri dengan kereta itu. Bagaimanapun, polis berjaya memintas kereta terbabit dan menahan mereka," katanya.

Melalui soal siasat yang dijalankan kata beliau, polis kemudiannya menahan dua lagi lelaki bersama senapang angin berserta peluru di sebuah bilik sewa di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini.

Tambahnya, polis turut menemui cota besi dan keris di dalam bilik berkenaan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM