Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

6 Lelaki Ditahan Dalangi Kegiatan Bom Ikan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika menjalankan a..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-lelaki-ditahan-dalangi-kegiatan-bom-ikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:35 MYT

Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan enam lelaki bcrumur 18 hingga 55 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dalam dua kes berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika menjalankan aktiviti haram menggunakan dua buah but pam.

Beliau berkata, dalam kes pertama, polis menjumpai 65 kilogram ikan pelbagai spesies dan peralatan mengebom ikan seperti botol kosong, hos, mancis, alat selaman dan tong oksigen di dalam hot dinaiki tiga suspek berumur 30 hingga 55 tahun selepas ditahan pada pukul 1.10 petang.

Pada pukul 3.45 petang, sebuah lagi bot pam ditahan dan menjumpai 52 kilogram ikan pelbagai spesies berserta pelbagai peralatan seperti botol kosong, hos panjang, tong oksigen dan alat selaman. Turut dirampas dua bot pam dan empat enjin sangkut. Tiga lelaki berumur 18 hingga 20 tahun dalam bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1) Akta Perikanan 1985.

Sumber : Akhbar kosmo

6 Lelaki Ditahan Dalangi Kegiatan Bom Ikan

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM