6 Lelaki Ditahan Dalangi Kegiatan Bom Ikan
Pasukan
Polis Marin (PPM) Tawau menahan enam lelaki bcrumur 18 hingga 55 tahun
kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan
dalam dua kes berasingan baru-baru ini.
Ketua Polis
Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata,
keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu
ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika menjalankan aktiviti
haram menggunakan dua buah but pam.
Beliau
berkata, dalam kes pertama, polis menjumpai 65 kilogram ikan pelbagai
spesies dan peralatan mengebom ikan seperti botol kosong, hos, mancis,
alat selaman dan tong oksigen di dalam hot dinaiki tiga suspek berumur
30 hingga 55 tahun selepas ditahan pada pukul 1.10 petang.
Pada
pukul 3.45 petang, sebuah lagi bot pam ditahan dan menjumpai 52
kilogram ikan pelbagai spesies berserta pelbagai peralatan seperti botol
kosong, hos panjang, tong oksigen dan alat selaman. Turut dirampas dua
bot pam dan empat enjin sangkut. Tiga lelaki berumur 18 hingga 20 tahun
dalam bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat
mengikut Seksyen 26 (1) Akta Perikanan 1985.
Sumber : Akhbar kosmo
