Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

576 Terima Darjah Kebesaran

Diterbitkan: 28 Nov 2017 4.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 November 2017 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 kepada 576 orang penerima.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/576-terima-darjah-kebesaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:14 MYT

576 TERIMA DARJAH KEBESARAN

Kuala Lumpur, 28 November 2017 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 kepada 576 orang penerima.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda yang menerima Darjah Panglima Jasa Negara, membawa gelaran Datuk.

Penerima lain darjah berkenaan ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Selangor, Datuk Rosni Sohar, Anggota Parlimen Sibuti, Sarawak, Ahmad Lai Bujang, Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Dalam pada itu, penerima tunggal Panglima Jasa Negara (Kehormat) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Pengarah Daihatsu Motor Company Ltd, Datuk Shigeharu Toda.

Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 10 orang, antaranya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Datuk Mohd Nazir Mami.

Seramai 33 individu menerima Darjah Johan Setia Mahkota, antaranya Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), DCP Datuk Azizan Abu Taat, Anggota Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Mazupi Abdul Rahman dan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Datin Nursinah Adzmi.

Seramai 103 individu menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), 10 menerima Darjah Kesatria Setia Diraja (KSD), 147 menerima Darjah Ahli Mangku Negara (AMN), 229 menerima anugerah Pingat Pangkuan Negara (PPN), dan 35 orang menerima Darjah Bentara Setia Diraja.

Dalam pada itu dua individu menerima Darjah Panglima Gagah Berani, iaitu Datuk Dr Leong Chee Woh dan Mad Radzi Mad Isa.

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/576-terima-darjah-kebesaran-1.562027#.Wh0WRdTQ4Q4.facebook

ArtikelDiterbitkan 28 Nov 2017 4.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM