Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

57 Pati Ditahan Di Rumah Kongsi Batu 10 Jalan Apas Tawau

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 18 Feb - Lima puluh tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah rumah kongsi di Batu 10 Jalan Apas di sini, awal pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/57-pati-ditahan-di-rumah-kongsi-batu-10-jalan-apas-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT

Tawau, 18 Feb - Lima puluh tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah rumah kongsi di Batu 10 Jalan Apas di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 37 lelaki dan 20 wanita berumur antara sembilan bulan dan 52 tahun ditahan.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan berikutan terdapat laporan mengatakan ada sekumpulan Pati yang menetap di situ dipercayai sering terlibat dengan kes kecurian di sekitar kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen keterangan diri serta memiliki dokumen yang meragukan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut, katanya.

Dalam masa yang sama, Awang Besar turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga harta benda masing-masing dan mengelak daripada menjadi mangsa kecurian yang kerap berlaku di daerah ini.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM