Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

56 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Pusat Hiburan

Published: 01 Aug 2018 3.43 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kajang, 1 September 2018 - Seramai 56 warga asing ditahan polis dalam serbuan di empat pusat hiburan dalam Op Ambang Merdeka yang berakhir di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/56-warga-asing-ditahan-dalam-serbuan-pusat-hiburan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT

Kajang, 1 September 2018 - Seramai 56 warga asing ditahan polis dalam serbuan di empat pusat hiburan dalam Op Ambang Merdeka yang berakhir di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi selama dua hari itu turut mendapati kesemua premis beroperasi tanpa lesen.

Tujuh penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tambahnya ada premis yang menyediakan laluan tikus bagi warga asing terbabit menyembunyikan diri.

Semakan mendapati wanita terbabit warga Vietnam, Indonesia, Thailand dan Myanmar menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Polis turut menemui beberapa paket plastik kecil yang kosong dipercayai berisi dadah.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas 178 pelanggan mendapati tiga individu positif dadah.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.

ArticlePublished 01 Aug 2018 3.43 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM