Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

52 Rampasan Senjata Api Di Kelantan Hasil Kerjasama Masyarakat

Published: 25 Mar 2018 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 25 Mac 2018 - Kejayaan polis Kelantan merampas 52 pucuk senjata api sepanjang tiga tahun lepas hasil maklumat dan kerjasama orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/52-rampasan-senjata-api-di-kelantan-hasil-kerjasama-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:58 MYT

Kota Bharu, 25 Mac 2018 - Kejayaan polis Kelantan merampas 52 pucuk senjata api sepanjang tiga tahun lepas hasil maklumat dan kerjasama orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad.

Din berkata maklumat awal yang diperoleh daripada masyarakat amat diperlukan bagi mencegah jenayah daripada berlaku di peringkat awal.

“Penjenayah daripada golongan masyarakat sendiri jadi untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami memerlukan bantuan orang ramai dalam memberi maklumat dan apa jua bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan 2018 di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Katanya justeru itu tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ masih dikekalkan sempena sambutan Hari Polis tahun ini kerana ia membawa makna yang signifikan dalam hubungan polis dan masyarakat khususnya membabitkan usaha mencegah jenayah.

Terdahulu, seramai 50 individu menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kelantan sempena sambutan hari ini melibatkan 15 ketua jabatan, lima penerima Anugerah Integriti, 10 pegawai dan anggota keselamatan sempadan, empat polis bantuan, enam anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep dan 10 orang awam. - BERNAMA

ArticlePublished 25 Mar 2018 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM