Kuala Lumpur, 10 Julai - Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman berjaya menahan 52 wanita warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam satu serbuan di Jalan P. Ramlee, di sini, malam tadi.
Kebanyakan wanita yang ditahan adalah warga Uzbekistan, Filipina dan Vietnam.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.