Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

51 Individu Termasuk Penganjur Parti Dadah Liar Ditahan

Published: 31 May 2015 6.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 30 Mei- Sebanyak 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times Square di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/51-individu-termasuk-penganjur-parti-dadah-liar-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:23 MYT

Kuala Lumpur, 30 Mei- Sebanyak 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times Square di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kesemua individu termasuk penganjur parti itu, seorang wanita ditahan oleh sembilan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 tengah malam semalam,18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita.

"Sebanyak 20 orang positif ujian air kencing dan kini ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata seorang pula ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Tujuh lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan 23 lagi individu ditahan atas pemeriksaan dokumentasi," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 31 May 2015 6.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM