Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

500 Peserta Sertai Program Kayuhan Basikal Ipd Alor Gajah

Published: 03 Apr 2017 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Program Kayuhan Basikal anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sempena sambutan Hari Polis ke-210 disertai 500 peserta termasuk 100 anggota dan pegawai polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/500-peserta-sertai-program-kayuhan-basikal-ipd-alor-gajah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:04 MYT

Program Kayuhan Basikal anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sempena sambutan Hari Polis ke-210 disertai 500 peserta termasuk 100 anggota dan pegawai polis.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang gaya hidup sihat dan isu keselamatan selain memberi peluang membina hubungan komuniti antara pasukan keselamatan dan orang ramai supaya prihatin terhadap isu keselamatan.

Program itu melibatkan kayuhan sejauh 35 kilometer yang merentasi kawasan sekitar Gadek bermula seawal pukul 8 pagi.

IPD Alor Gajah turut menyerahkan dua buah kerusi roda kepada dua orang balu anggota polis di Balai Polis Hutan Percha dan Balai Polis Gadek.

Sumber: Kosmo

500 Peserta Sertai Program Kayuhan Basikal Ipd Alor Gajah
ArticlePublished 03 Apr 2017 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM