Lebih
50 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap termasuk seorang
memiliki watikah pelantikan sebagai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap
serta mereka yang terbabit dalam kes jenayah dan memiliki rekod dikehendaki polis di tahan dalam Operasi Cantas Khas.
Enam
pucuk pistol, pedang samurai, parang, pisau dan batang besi adalah
antara senjata berbahaya yang dirampas dalam serbuan operasi berkenaan
yang dilancarkan secara besar-besaran sekitar ibu Negara, bermula petang
kelmarin hingga pagi semalam.
Enam
pistol berkenaan dirampas dalam dua serbuan berasingan di daerah Sentul
membabitkan pemeriksaan mengejut ke atas dua lelaki dan seorang wanita
di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan, Kepong, di sini, hingga
membawa kepada penemuan satu kelopak berisi 10 butir peluru ditemui
dalam poket seluar seorang suspek.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
50 Ahli Kongsi Gelap Ditahan Polis
Lebih 50 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap termasuk seorang memiliki watikah pelantikan sebagai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap serta mereka yang terbabit dalam kes jenayah dan memilik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/50-ahli-kongsi-gelap-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.