Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

5 Warga Pdrm Berlepas Ke Sudan Sertai Misi Pengaman

Diterbitkan: 09 Sep 2017 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sepang, 9 September 2017 - Seramai lima pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini akan berlepas ke Sudan bagi melaksanakan Misi Pengaman di bawah naungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga dikenali sebagai United Nation African Union Mission in Darfur, Sudan (UNAMID) bagi tempoh satu tahun berikutnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/5-warga-pdrm-berlepas-ke-sudan-sertai-misi-pengaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:26 MYT

5 WARGA PDRM BERLEPAS KE SUDAN SERTAI MISI PENGAMAN

Sepang, 9 September 2017 - Seramai lima pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini akan berlepas ke Sudan bagi melaksanakan Misi Pengaman di bawah naungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga dikenali sebagai United Nation African Union Mission in Darfur, Sudan (UNAMID) bagi tempoh satu tahun berikutnya.

Kontinjen tersebut terdiri daripada DSP Kumares A/L Raja Ratnam, DSP Sam Phan A/L Prat Deng, Inspektor K.Elkes A/L Kulanthaisamy, Sub Inspektor Md. Ali Musa dan Sarjan Mejar Sorganeshan S/O Manickam.

Pasukan pada kali ini adalah penambahan kepada 15 pegawai kanan dan anggota PDRM yang sedia ada berkhidmat dalam misi tersebut. Bertempat di Bilik Tetamu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Zaini Jass hadir mewakili Ketua Polis Negara menyempurnakan Majlis Meraikan Penghantaran (Send-Off) Pegawai/Anggota PDRM Ke Misi Pengaman tersebut yang dijangka berlepas pada jam 2 pagi ini.

Dalam ucapannya, Dato’ Zaini Jass mengingatkan agar kesemua pegawai dan anggota yang terlibat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna serta sentiasa menjaga integriti dan disiplin diri demi nama baik Pasukan dan negara.

Penglibatan PDRM secara aktif dalam Misi Pengaman PBB bertitik tolak dari penghantaran 14 warga PDRM ke Misi Angola sejak tahun 1991, seterusnya diikuti Misi UNAMID dari tahun 2008 dan Misi Republik Sudan Selatan (UNMISS) tahun 2011 tertakluk atas permintaan pihak United Nation New York dan PBB.

Peranan PDRM dalam membantu menangangani pergolakan di republik tersebut adalah sebagai “Pemerhati Polis”, program Community Policing serta tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa bersama dengan pasukan polis tempatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Zulkefly Yahya, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Superintenden Mat Shukor Yusof, DSP KLIA, DSP Norazmi Hj Abu Hasan, warga PDRM dan ahli keluarga.

1
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Zaini Jass beramah mesra dengan lima pegawai kanan dan anggota PDRM yang akan berlepas ke Sudan.

2
Bacaan ikrar yang di ketuai oleh DSP Kumares A/L Raja Ratnam.

3
Ucapan dan amanat oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Zaini Jass

4
Sesi bergambar kenangan.

5
Sesi bergambar kenangan.

7
ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2017 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM