Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

5 Ditahan Proses Dadah Dalam Pondok

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan pukul 1.50 pagi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM93,750 selain menemui wang tunai berjumlah RM16,723...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/5-ditahan-proses-dadah-dalam-pondok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:14 MYT

TAIPING 19 Februari 2010 - Sepasang suami isteri adalah antara lima ditahan dalam serbuan di sebuah pondok yang dijadikan pusat memproses dadah di Taman Tekah Permai, Aulong di sini Ahad lalu.

Dalam serbuan pukul 1.50 pagi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM93,750 selain menemui wang tunai berjumlah RM16,723.

Turut dirampas, empat buah kereta jenis Toyota Hilux, Honda Stream, Mini Cooper dan Perodua MyVi serta sebuah motosikal Yamaha 125S.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, sindiket ini berselindung di sebalik pondok aktiviti riadah yang dibina tiga bulan lalu untuk memproses dadah.

"Ketika serbuan, kita menahan peniaga berusia 44 tahun bersama seorang warga Thailand berumur 28 tahun.

"Hasil siasatan lanjut, polis kemudian menahan isteri peniaga terbabit yang berusia 34 tahun, seorang wanita berumur 31 tahun dan seorang lelaki yang memandu kereta kepunyaan peniaga itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM