Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

45 Warga Pdrm Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Published: 03 Mar 2023 7.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 – Seramai 45 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/45-warga-pdrm-terima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT

Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 – Seramai 45 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman, pagi tadi.

Mendahului senarai penerima APC Tahun 2022 ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan diikuti Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. 

Kesemua penerima anugerah membawa pulang Sijil Penghargaan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM1,000 yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani berharap pengiktirafan yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada warga PDRM yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan.

“Semoga ia juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga Pasukan bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik, Insya-Allah,” ujarnya.

Tan Sri Acryl Sani turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan dalam menaja serta menjayakan majlis APC PDRM sejak tahun 2019 lagi. 

Dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan Mock Cheque Sahabat PTPTN yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid kepada KPN sempena insentif sahabat APC 2022 dan penyampaian sumbangan takaful serta khairat kematian kepada penerima yang menerima manfaat.

Hadir sama dalam majlis tersebut, barisan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob, para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abdul Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 9 people, people standing and text that says 'Majlis Penyampaian TABUNG'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor


ArticlePublished 03 Mar 2023 7.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM