Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

44 Mesin Judi Karaoke Bernilai Rm25 000 Dirampas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Mertajam, 16 Feb - Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 44 unit mesin perjudian dan karaoke bernilai RM25,000 dalam operasi bersepadu di sekitar negeri itu, awal hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/44-mesin-judi-karaoke-bernilai-rm25-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:46 MYT

Bukit Mertajam, 16 Feb - Polis Pulau Pinang merampas sebanyak 44 unit mesin perjudian dan karaoke bernilai RM25,000 dalam operasi bersepadu di sekitar negeri itu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata operasi bersepadu selama lima jam bermula pukul 10 malam itu melibatkan pemeriksaan di 50 buah premis judi dan hiburan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lapan premis melakukan pelbagai kesalahan antaranya menjalankan aktiviti perjudian, pusat hiburan tanpa lesen dan tiada lesen perniagaan.

"Kita merampas mesin perjudian, set karaoke dan komputer bernilai RM25,000 di lapan premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata operasi itu disertai 67 pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Pulau Pinang, Bahagian Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Mazlan berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan 18 orang termasuk tiga wanita berusia antara 21 dan 38 tahun, kebanyakan mereka adalah penjaga premis.

"Hasil operasi itu kita mendapati ada premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram dan polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,156 dipercayai wang pertaruhan oleh pelanggan yang mahu mendapatkan wang secara mudah.

"Pihak Berkuasa Tempatan turut mengenakan tindakan saman terhadap beberapa premis hiburan kerana tidak mempunyai lesen sah serta pusat snooker kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan," katanya.

Katanya operasi bersepadu itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM