44 Individu Ditahan Dalam Op Cantas Khas Di Sekitar Kuala Lu
Kuala
Lumpur, 10 Sept - Polis Kuala Lumpur menahan 44 individu atas pelbagai
kesalahan jenayah termasuk menganggotai pertubuhan kongsi gelap dalam Op
Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dalam operasi itu
seramai 154 indidvidu dan 161 buah kenderaan telah diperiksa.
"Mereka
yang ditahan antaranya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Akta
Pertubuhan 1966 (Akta 355) Pertubuhan yang menyalahi undang-undang,
Seksyen 378 A/411 Kanun Keseksaan memiliki kerana motosikal curi,
Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport,
Seksyen 19(3) Akta Penagih Dadah 1983.
"Kita
turut menahan individu yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)
Akta Bahan-bahan Kakisan, letupan dan senjata berbahaya 1958 kerana
memilik sebilah kerambit, Seksyen 11(7) Imigresen dan Seksyen 372 B
Kanun Keseksaan kerana salah guna pas lawatan, Seksyen 392/397 Kanun
Keseksaan kerana samun berkawan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana
pecah rumah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera,"
katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Beliau
berkata tangkapan turut membabitkan mereka yang melakukan kesalahan
bersabit waran tangkap mahkamah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana
curi dalam bangunan.
Sumber : BERNAMA