Kuala Lumpur, 3 April : Seramai 44 orang GRO warga asing dari Vietnam dan china berjaya dicekup dalam serbuah oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman di sebuah kelab malam tiga tingkat di Jalan Imbi, semalam.
Hasil siasatan lanjut mendapati premis berkenaan menyediakan GRO warga asing yang dipercayai turut mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan pelacuran.
Salam operasi itu juga, polis telah menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pengurus premis dan seorang wanita warga emas yang menjadi penjaga gadis terbabit.
Sumber: Utusan Malaysia