Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri

Published: 11 Jun 2014 7.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagaikan helang terbang megah di udara, merangkak gagah bagai harimau di hutan serta menyelam senyap bagai jerung di lautan, seperti juga namanya setiap anggota Unit 69 Komando dengan kemampuan fizika..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/42-tahun-menyaksikan-unit-69-komando-pgk-gagah-berdiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT

Ulu Kinta, Ipoh - 28 Oktober 2011

Bagaikan helang terbang megah di udara, merangkak gagah bagai harimau di hutan serta menyelam senyap bagai jerung di lautan, seperti juga namanya setiap anggota Unit 69 Komando dengan kemampuan fizikal dan mental, bersedia pada bila-bila masa berjuang demi menjaga kedaulatan negara.

Tahun demi tahun silih berganti, 42 tahun menyaksikan Unit 69 Komando PGK tetap gagah berdiri. Bersempena Hari Ulang Tahun 69 Komando PGK Ke-42, pagi ini telah berlangsung Majlis Perbarisan  di Dataran Kawad Briged Utara, Ulu Kinta, Ipoh. Majlis telah dirasmikan oleh YDH SAC Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas.

Turut hadir adalah Supritenden Rosly bin Mohd Salleh, Pegawai Turus Pengurusan, Supritenden Zainuddian bin Haji Samsu Hadi, Pegawai Turus Teknikal, YDH Komander-komander Skuardron, Pegawai Kanan Polis, Anggota Polis, Kakitangan Awam, Ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil Media.

"Fokus utama visi dan misi unit 69 komando pada tahun hadapan adalah lebih terarah kepada proses pembanguan dari aspek logistik, prasarana, latihan, kemahiran dan pengurusan operasi akan diberi keutamaan untuk memastikan tindakan untuk masa krisis keganasan dan kenteraman awam dapat ditangani dengan lebih efektif dan efisyen. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para hadirin, serta kepada Pegawai Kanan Polis, Anggota Polis, kakitangan awam dan PERKEP yang telah menyempurnakan Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun 69 Komando PGK Ke-42", antara isi dalam ucapan YDH Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas.

Majlis pagi ini turut menyaksikan seramai 74 anggota polis yang terdiri daripada 52 anggota polis tugas am, 14 orang anggota polis orang asli dan 8 orang anggota polis sokongan telah menerima pangkat Koperal secara  'Time Base' . Penyematan pangkat disempurnakan oleh isteri anggota masing-masing. Di samping itu, YDH Komander 69 Komander PGK turut berbesar hati menyampaikan Surat Penghargaan kepada anggota-anggota dan Ahli PERKEP di atas komitmen serta dedikasi terhadap tugas yang telah diamanahkan.

"Teruskan perjuanganmu! Hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka.. Biarpun diriku tiada lagi" amanat terakhir Allahyarham ASP Mohd Zabri Abd Hamid, Ketua Platun 3, 69 Komando yang terkorban ketika mengetuai gerakan mencari dan memintas sekumpulan pengganas komunis yang bertanggungjawab di atas kes pembunuhan 4 orang anggota polis di Balai Polis Gerik, 3 September 1975. Mengenangkan jasa perjuangan beliau, seluruh warga 69 Komander PGK diketuai oleh YDH SAC Azizan bin Abdul Aziz, Komander 69 Komando PGK menyampaikan cenderahati kepada  isteri-isteri serta anak-anak Allahyarham sebagai tanda penghormatan keberanian dan pengorbanan beliau.

Pada akhir majlis, para hadirin telah disediakan jamuan ringan di Dataran 69 KOmando dan sesi menderma darah turut dijalankan di Dewan Serbaguna.


42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Kawalan Kehormatan mengambil tempat...

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
YDH SAC Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas membalas 'Tabik Hormat' dari Kawalan Kehormatan.

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Pemeriksaan Baris...

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Segak bergaya...

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Bacaan doa selamat yang diketuai oleh SM Ismail bin Che Mat...

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Ikrar Taat Setia, di ketuai oleh Supt. Zainuddian bin Haji Samsu Hadi

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Ucapan oleh YDH Komander 69 Komando


Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan dan Penyematan Pangkat

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri


Penyampaian Cenderahati kepada isteri-isteri dan anak-anak Alahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Penyampaian cenderahati kepada balu Allahyarham ASP Mohd Zabri...Puan Che Manis @ Latifah binti Abdullah

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Puan Putih Sofiah binti Mohd Omar, berasal dari Kpg. Paloh, Ipoh dan mempunyai seorang anak lelaki bersama Allahyarham

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Penyambung warisan darah perwira...Sjn Sharul Niza bin Mohd Zabri, anak lelaki Allahyarham bersama Allahyarhamah Puan Sabariah binti Chik

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Selesai perbarisan..Pegawai Pemerintah Baris melapor

42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
Bergambar kenangan bersama veteran-veteran 69 Komando

Kempen Derma Darah...
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri
42 Tahun Menyaksikan Unit 69 Komando Pgk Gagah Berdiri



Jurufoto  : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM