Kota
Kinabalu - Sebanyak 41 buah kenderaan mewah milik rakyat Brunei
bernilai RM4 juta yang dirampas setelah terlibat dalam slndiket
penyeludupan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak
berkuasa negara jiran itu mulai hari ini.
Timbalan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, penyerahan
kesemua kenderaan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia mendapat
arahan daripada mahkamah dan berjaya mengenal pasti pemilik kenderaan
tersebut.
"Antara
model kereta yang kita serahkan kepada Polis Brunei hari ini adalah
jenis Lexus, Mercedes-Benz C230 Kompressor, BMW dan Toyota Vios yang
bernilai Brunei Dollar 40,000 (RM96,513) hingga Brunei Dollar 100,000
(RM241,283)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pohs Kontinjen
(IPK), di sini.
Kesemua
kenderaan tersebut diserahkan Kok Liang kepada Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Brunei, Senior Asisten Komisioner Pengiran
Wahab Omar. Menurut beliau, semua kenderaan itu adalah antara barang
rampasan kes pada Oktober 2011 yang melibatkan penahanan enam suspek
lelaki tempatan berusia 26 hingga 54 tahun termasuk seorang warganegara
Brunei yang dikenal pasti dalang kepada aktiviti terbabit.
Modus
operandi sindiket itu adalah suspek akan menyewa kenderaan dari Brunei
dan dibawa masuk ke Sabah sebelum dijual kepada pembeli selepas ditukar
nombor pendaftaran dan dilakukan pemalsuan cukai jalan. Sementara itu,
beliau berkata, polis akan mempertimbangkan langkah memperketatkan lagi
kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk kes-kes penyeludupan kenderaan.
"Saya
telah berbincang dengan rakan pasukan keselamatan dari Brunei untuk
memperketatkan kawalan di pintu masuk kedua-dua negara bagi menangani
sebarang insiden penyeludupan seperti ini pada masa hadapan," ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia

Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
41 Kereta Mewah Diserah Kembali
'Antara model kereta yang kita serahkan kepada Polis Brunei hari ini adalah jenis Lexus, Mercedes-Benz C230 Kompressor, BMW dan Toyota Vios yang bernilai Brunei Dollar 40,000 (RM96,513) hingga Brunei ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/41-kereta-mewah-diserah-kembali
Scan to view the latest live version.