405 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
Putrajaya - Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis telah berlangsung di Istana Melawati Putrajaya pada 16 dan 17 Julai 2007.
Seramai 405 pegawai dan anggota polis dari semua peringkat pangkat menerima penganugerahan tersebut daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat pada istiadat penganugerahan itu.
Tujuh orang menerima Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), 66 Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), 92 Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 19 Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 221 menerima Bentara Pasukan Polis (BPP).

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah Polis Diraja Malaysia di Istana Melawati Putrajaya