Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

400 Komputer Judi Dirampas

Published: 28 Oct 2014 1.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur - Polis merampas lebih 400 mesin komputer berunsur perjudian sejak Operasi Dadu' (Ops Dadu) Dang Wangi dilancarkan pada 15 Oktober lalu bagi membanteras kegiatan perjudian yang didalangi kongsi gelap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/400-komputer-judi-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:18 MYT
400 Komputer Judi Dirampas

Kuala Lumpur -  Polis merampas lebih 400 mesin komputer berunsur perjudian sejak Operasi Dadu' (Ops Dadu) Dang Wangi dilancarkan pada 15 Oktober lalu bagi membanteras kegiatan perjudian yang didalangi kongsi gelap. 

Rampasan itu termasuk hasil serbuan ke atas tiga premis perjudian di Bukit Bintang, Jalan Pekeliling dan Jalan Dang Wangi, di sini, malam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata siasatan mendapati ketiga-tiga premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan. 

Katanya, ketiga-tiga premis itu dipercayai beroperasi 24 jam sehari. Polis menahan lima rakyat tempatan dan lima warga asing yang menjadi penjaga premis itu serta kaki judi dalam operasi itu. 

Seramai 92 individu ditahan sejak Ops Dadu Dang Wangi dilancarkan dengan rampasan lebih RM8,000.

Sumber: Akhbar Berita Harian
ArticlePublished 28 Oct 2014 1.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM