Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

4 Pucuk Pistol Bersama Peluru Dirampas

Published: 17 Jun 2014 8.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, telah berjaya merampas 4 pucuk pistol bersama 5 butir peluru dalam kejadian di Sri Jaya, Maran, Pahang sabtu lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-pucuk-pistol-bersama-peluru-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, telah berjaya merampas 4 pucuk pistol bersama 5 butir peluru dalam kejadian di Sri Jaya, Maran, Pahang sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut, satu pemantauan sepasukan polis dari JSJN diketuai Insp Arman Bin Ibrahim di sebuah gerai makanan di pekan Sri Jaya telah berjaya menahan tiga (03) orang suspek lelaki berbangsa cina dimana hasil pemeriksaan ke atas kenderaan salah seorang suspek telah menjumpai sepucuk pistol berisi 4 butir peluru dan sebutir peluru jenis sama di atas tempat duduk penumpang hadapan kenderaan tersebut. Tururt dirampas sejumlah wang RM2,000.00.

Kejadian itu turut membawa pihak polis ke rumah suspek dan hasil pemeriksaan telah menjumpai tiga (3) lagi pucuk pistol tiruan di celah katil di tepi dinding dalam bilik utama rumah tersebut.

4 Pucuk Pistol Bersama Peluru Dirampas

4 Pucuk Pistol Bersama Peluru Dirampas

4 Pucuk Pistol Bersama Peluru Dirampas

Sumber : Hal Ehwal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM