4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
Bukit Aman - 6 Julai 2012
"4
pucuk pistol , 697 butir peluru pelbagai jenis berserta 1 penyerap
bunyi senjatapi antara yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik, Polis Diraja Malaysia dalam siri kejayaan mematahkan satu
sindiket jenayah senjatapi tempatan dan juga telah membanteras aktiviti
penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan kurier yang didalangi oleh
sindiket pengedaran dadah warganegara Nigeria", ujar YDH CP Datuk Noor
Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit
Aman semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara
1, Bukit Aman, petang ini.
Antara kronologi kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman :
Kejayaan pertama, pada
2 Julai 2012, JSJN Bukit Aman menangkap 1 lelaki wargaengara Nigeria di
sebuah pasaraya Carrefour, Kepong, Kuala Lumpur. Hasil tangkapan, JSJN
Bukit Aman berjaya merampas 2.2 KG dadah jenis syabu yang disembunyikan
di dalam ruangan khas sebuah beg yang dibawa. Siasatan dijalankan di
bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman
mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kejayaan kedua, pada
2 Julai 2012, JSJN Bukit Aman di Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Ghana yang menaiki
penerbangan Bangkok-Thailand. Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya
merampas 1.13 KG dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam satu
ruangan khas beg yang dibawanya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen
39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori
jika sabit kesalahan.
Kejayaan ketiga,
pada 4 Julai 2012, dalam dua kes berasingan, JSJN Bukit Aman di Kuala
Lumpur International Airport (KLIA) bersama Polis Bantuan Malaysian
Airport Berhad (MAB) KLIA telah menangkap dua lelaki warganegara Nigeria
yang menaiki penerbangan Nairobi, Kenya dan Bangkok, Thailand di KLIA
kerana disyaki menelan kapsul dadah. Setelah pemeriksaan X-Ray
dijalankan di Hospital Selayang, Serdang, sejumlah 70 ketul kapsul
berisi dadah dengan anggaran berat 1.3 KG telah diperolehi. Siasatan
dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh
membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kejayaan keempat, pada
5 Julai 2012, JSJN Bukit Aman di Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) telah menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria yang menaiki
penerbangan Keheran, Mesir. Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya
merampas 500 Gram dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam satu
ruangan khas beg yang dibawanya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen
39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori
jika sabit kesalahan.
Kejayaan kelima, pada
5 Julai 2012, JSJN Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah
tempatan di Kuala Lumpur. Hasil serbuan pihak polis ke atas sebuah
rumah kampung di Ulu Gombak, Kuala Lumpur itu telah menangkap empat
lelaki cina tempatan dan empat pucuk pistol iaitu jenis Glock, Smith
& Wesson serta dua Browning. Turut dirampas beberapa buah kelopak
peluru dan 697 butir peluru pelbagai jenis termasuk 140 pil Eramin 5.
Salah seorang yang ditangkap memiliki tiga rekod kesalahan lampau
termasuk kes samun berkawan dan dadah. Kesemua mereka disasat di bawah
Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa
hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang dari enam sebatan.





Antara dadah yang berjaya dirampas


Senjatapi yang dirampas

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Antara rakan media yang hadir

Pegawai Kanan Polis yang hadir


YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan penyerap bunyi senjatapi
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo