Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas

Published: 12 Jun 2014 1.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
4 pucuk pistol , 697 butir peluru pelbagai jenis berserta 1 penyerap bunyi senjatapi antara yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia dalam siri kejayaan mematahkan s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-pistol-697-butir-peluru-pelbagai-jenis-berserta-1-penyerap-bunyi-senjatapi-antara-yang-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:59 MYT

Bukit Aman - 6 Julai 2012

"4 pucuk pistol , 697 butir peluru pelbagai jenis berserta 1 penyerap bunyi senjatapi antara yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia dalam siri kejayaan mematahkan satu sindiket jenayah senjatapi tempatan dan juga telah membanteras aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan kurier yang didalangi oleh sindiket pengedaran dadah warganegara Nigeria", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, petang ini.

Antara kronologi kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman :

Kejayaan pertama, pada 2 Julai 2012, JSJN Bukit Aman menangkap 1 lelaki wargaengara Nigeria di sebuah pasaraya Carrefour, Kepong, Kuala Lumpur. Hasil tangkapan, JSJN Bukit Aman berjaya merampas 2.2 KG dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam ruangan khas sebuah beg yang dibawa. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kejayaan kedua, pada 2 Julai 2012, JSJN Bukit Aman di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Ghana yang menaiki penerbangan Bangkok-Thailand. Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas 1.13 KG dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam satu ruangan khas beg yang dibawanya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kejayaan ketiga,  pada 4 Julai 2012, dalam dua kes berasingan, JSJN Bukit Aman di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bersama Polis Bantuan Malaysian Airport Berhad (MAB) KLIA telah menangkap dua lelaki warganegara Nigeria yang menaiki penerbangan Nairobi, Kenya dan Bangkok, Thailand di KLIA kerana disyaki menelan kapsul dadah. Setelah pemeriksaan X-Ray dijalankan di Hospital Selayang, Serdang, sejumlah 70 ketul kapsul berisi dadah dengan anggaran berat 1.3 KG telah diperolehi. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kejayaan keempat, pada 5 Julai 2012, JSJN Bukit Aman di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) telah menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria yang menaiki penerbangan Keheran, Mesir. Hasil tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas 500 Gram dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam satu ruangan khas beg yang dibawanya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kejayaan kelima, pada 5 Julai 2012, JSJN Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah tempatan di Kuala Lumpur. Hasil serbuan pihak polis ke atas sebuah rumah kampung di Ulu Gombak, Kuala Lumpur itu telah menangkap empat lelaki cina tempatan dan empat pucuk pistol iaitu jenis Glock, Smith & Wesson serta dua Browning. Turut dirampas beberapa buah kelopak peluru dan 697 butir peluru pelbagai jenis termasuk 140 pil Eramin 5. Salah seorang yang ditangkap memiliki tiga rekod kesalahan lampau termasuk kes samun berkawan dan dadah. Kesemua mereka disasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang dari enam sebatan.

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
Antara dadah yang berjaya dirampas

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
Senjatapi yang dirampas

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
Antara rakan media yang hadir

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
Pegawai Kanan Polis yang hadir

4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
4 Pistol 697 Butir Peluru Pelbagai Jenis Berserta 1 Penyerap Bunyi Senjatapi Antara Yang Dirampas
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan penyerap bunyi senjatapi

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM