IPOH 2 Januari - Seramai emapt individu ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dalam Ops Penguatkuasaan Trafik Cegah Samseng Jalan Raya dan Ops Mabuk yang bermula dari jam 11.30 malam hingga 7 pagi semalam.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, polis membuat sekatan di Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Hospital dan Jalan Raja Dihilir.
Sebanyak 11 buah motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh dalam operasi tersebut.
SUMBER : SINAR HARIAN