Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

4 Anggota Yusuf Meling Ditahan

Published: 16 Jun 2014 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Selangor menahan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan "Yusuf Meling" yang terbabit dalam beberapa kejadian pecah kereta di sekitar Lembah Klang, dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Ta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-anggota-yusuf-meling-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:42 MYT

SHAH ALAM - 19 Ogos 2010. Polis Selangor menahan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan "Yusuf Meling" yang terbabit dalam beberapa kejadian pecah kereta di sekitar Lembah Klang, dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Megah, Ampang Jaya, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, semua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam serbuan yang dibuat berdasarkan maklumat awam pada kira-kira 3.15 pagi.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dalam bilik pangsapuri yang disewa itu disyaki terlibat dalam 30 kes pecah kereta sekitar Pandan Indah dan Ampang.

"Hasil siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dengan penggunaan dadah, dan salah seorang daripada mereka mempunyai enam rekod jenayah lampau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor di sini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, beberapa peralatan komputer, telefon bimbit, jam tangan, kamera, dan kad multimedia yang dipercayai hasil samun.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga 23 Ogos dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Omar berkata polis masih berusaha menjejaki lima daripada 11 anggota kumpulan "Styer" yang terbabit dengan beberapa rompakan bersenjata di sekitar Lembah Klang. Semalam polis memberkas empat lelaki anggota kumpulan itu dalam satu serbuan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam serbuan kira-kira 1.05 pagi itu, semua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pasukan dari Cawangan Jenayah Berat (D9) IPPK Selangor berdasarkan maklumat awam dan risikan di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam. "Kesemua suspek dtahan reman sehingga 25 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM