Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

4 Akaun Bank Milik Mangsa Mh370 Dirompak

Published: 14 Aug 2014 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 14 Ogos - Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan ‘dirompak’ apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-akaun-bank-milik-mangsa-mh370-dirompak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:23 MYT
Kuala Lumpur, 14 Ogos - Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan ‘dirompak’ apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan.

Difahamkan kehilangan itu disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang pengurus bank selepas mendapati berlaku pengeluaran dan pemindahan wang daripada keempat-empat akaun oleh individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata siasatan mendapati sejumlah wang daripada akaun tiga mangsa terbabit dipindahkan ke akaun mangsa keempat melalui perbankan online.

4 Akaun Bank Milik Mangsa Mh370 Dirompak

SUMBER : HARIAN METRO
ArticlePublished 14 Aug 2014 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM