3rd General Police And Special Equipment Exhibition Conference Asia Gpec
3rd General Police and Special Equipment Exhibition & Conference Asia (GPEC)
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Muhd Iqtar Azmi
Putrajaya
- 2 Oktober 2013. Malaysia dengan bangganya menjadi tuan rumah kepada
Pameran dan Persidangan General Police and Special Equipment Exhibition
& Conference Asia (GPEC) buat kali ke tiga pada tahun ini.
Konvensyen
ini merupakan platform terbaik kepada semua agensi keselamatan untuk
saling bertukar-tukar pandangan serta mencari solusi terbaik dalam
pembanterasan aktiviti jenayah seterusnya membina negara yang lebih
selamat.
Perkembangan
teknologi dalam arena kepolisan dan keselamatan tanah air amat penting
supaya negara sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapi ancaman
pengganas dan aktiviti jenayah yang semakin canggih.
Konvensyen
selama empat hari yang bermula daripada hari ini dirasmikan oleh YB
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri, disambut
dengan meriah menyaksikan kehadiran wakil daripada pelbagai agensi
keselamatan di Putrajaya International Convention Center (PICC).
Lebih
menarik apabila konvensyen ini turut menyediakan ruang pameran pelbagai
gajet dan teknologi keselamatan terkini untuk dikongsikan bersama orang
ramai.
Pameran
dan Persidangan General Police and Special Equipment Exhibition &
Conference Asia (GPEC) akan berlangsung dari 2-5 Oktober 2013.
Layari Facebook PDRM untuk berita dan gambar :-
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Perasmian...
Lawatan ke Dewan Pameran