Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

39 Penagih Dadah Ditahan Di Melaka

Published: 19 Jun 2014 1.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Melaka, 13 Feb - Sebanyak 39 penagih dadah teramsuk seorang wanita ditahan dalam Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Ujong Padang di sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/39-penagih-dadah-ditahan-di-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:42 MYT

Melaka, 13 Feb - Sebanyak 39 penagih dadah teramsuk seorang wanita ditahan dalam Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Ujong Padang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata seorang daripada penagih dadah berusia 36 tahun itu dipercayai turut mengedar dadah dan memiliki heroin seberat 68 gram dianggarkan bernilai RM3,000 ketika ditahan.

Beliau berkata lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara tahanan lain yang berusia antara 23 dan 53 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, katanya.

"Pengedar ini antara individu yang amat dikehendaki kerana terlibat dalam urusan jual beli dadah di beberapa kawasan di sini hasil risikan dan intipan selama seminggu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata ladang terbabit dipercayai menjadi transit jual beli dadah bagi penagih di kawasan Tanjung Minyak sejak bulan lepas.

Katanya polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Alor Gajah pada 16 Jan lepas.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM