Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

36 Pelajar Ditahan Di Pahang Kerana Dadah

Published: 17 Nov 2014 2.06 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 17 Nov - Polis Pahang telah menahan 36 pelajar sekolah kerana terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 23 pelajar dalam tempoh sama tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/36-pelajar-ditahan-di-pahang-kerana-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:47 MYT
Kuantan, 17 Nov - Polis Pahang telah menahan 36 pelajar sekolah kerana terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 23 pelajar dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata peningkatkan sebanyak 57 peratus itu dilihat amat membimbangkan dan pelbagai usaha dan langkah akan dilakukan bagi memberi kesedaran kepada golongan pelajar terbabit.

Beliau berkata dalam tempoh sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang telah membuat ujian saringan air kencing ke atas 63 pelajar dan daripada jumlah itu 22 didapati positif syabu dan ganja.

Dalam tempoh sama tahun lepas, 25 pelajar didapati positif dadah selepas 65 pelajar menjalani ujian saringan, katanya kepada pemberita selepas program kecemerlangan pelajar anjuran Polis Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

"Polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam jenayah termasuk pelajar sekolah menengah dan rendah.

"Jangan ingat mereka pelajar sekolah tidak boleh ditangkap dan dituduh. Mereka juga akan dihadapkan ke Mahkamah Juvana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharifuddin meminta orang ramai dan pelancong supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pendakian bukit atau meredah hutan berikutan keadaan cuaca hujan pada ketika ini.

"Bagaimanapun kepada mereka yang khususnya terlibat dengan agensi pelancongan diminta berurusan dengan Jabatan Pelancongan negeri sebelum melakukan sebarang aktiviti berkaitan," katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut seramai 100 pelajar dari lapan buah sekolah menengah di daerah Kuantan menyertai program motivasi dan kesedaran mengenai dadah, jenayah dan gejala sosial.- BERNAMA
ArticlePublished 17 Nov 2014 2.06 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM