Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

36 Ditahan Dalam Serbuan Premis Judi

Published: 17 Jun 2014 6.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, sebanyak 177 unit komputer yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM2,351...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/36-ditahan-dalam-serbuan-premis-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:49 MYT

Kuantan, 27 Jun - Tiga puluh enam individu termasuk 25 pelanggan ditahan dalam operasi membanteras kegiatan perjudian Internet di Kuantan, malam semalam.

Dalam operasi bermula 8 malam itu, polis menyerbu tujuh premis di sekitar bandar Kuantan dalam usaha membanteras kegiatan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, sebanyak 177 unit komputer yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM2,351.

"Daripada 36 yang ditahan itu, 11 adalah penjaga premis termasuk dua wanita manakala 25 lagi adalah pelanggan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata premis yang diserbu tersebut didapati tidak memiliki lesen sebagai kafe siber serta dipercayai menjalankan aktiviti perjudian Internet sejak beberapa bulan lalu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 & Seksyen 4(1) b Enakmen Hiburan 1993.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM