Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

36 800 Paket Rokok Tiruan Dirampas Marin Johor

Published: 19 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 36,800 paket rokok tiruan seludup bernilai RM377,869 dalam kes berasingan di perairan Tanjung Langsat dan Pantai Pontian Kecil, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/36-800-paket-rokok-tiruan-dirampas-marin-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT

Johor Bahru, 19 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 36,800 paket rokok tiruan seludup bernilai RM377,869 dalam kes berasingan di perairan Tanjung Langsat dan Pantai Pontian Kecil, dekat sini, semalam.

Komander PPM Bukit Aman Datuk Abd Aziz Yusof berkata dalam kes pertama membabitkan sebuah bot gentian di perairan Tanjung Langsat di Pasir Gudang di sini kira-kira 10 malam semalam, PPM menemukan 9,000 paket rokok putih dianggarkan bernilai RM117,720.

Dua lelaki tempatan berusia 30 dan 35 tahun yang berada di dalam bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Tampoi untuk siasatan, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abd Aziz berkata, ini kali pertama pihaknya menahan warga tempatan yang bertindak sebagai anggota sindiket penyeludupan.

"Dulu warga asing, sekarang trend sudah berubah. Mereka (sindiket) gunakan rakyat tempatan untuk mendapatkan barangan (penyeludupan) dari kapal luar kemudian dibawa masuk ke Malaysia," katanya.

Abd Aziz berkata, pada pukul 1.30 pagi pula, pihaknya merampas 27,800 paket rokok keretek dan putih dari sebuah bot di kedudukan 2.12 batu nautika Pantai Pontian Kecil.

Katanya, bot itu dipandu seorang tekong namun apabila diarahkan untuk berhenti, suspek enggan dan terus memecut laju sebelum melarikan diri dengan terjun ke dalam laut.

"Usaha untuk mengesan suspek gagal kerana keadaan persekitaran ketika itu gelap. Bagaimanapun, kami menemui bungkusan hitam mengandungi 27,800 paket (keretek dan rokok putih) yang dianggarkan bernilai RM260,149," katanya.- BERNAMA
36 800 Paket Rokok Tiruan Dirampas Marin Johor

ArticlePublished 19 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM