Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

35 Polis Jalani Program Trim And Fit 2016

Diterbitkan: 21 Jan 2016 9.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Program yang telah dilancarkan pada 6 Januari lalu merupakan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL) untuk meningkatkan produktiviti dan mut kerja yang berkualiti.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/35-polis-jalani-program-trim-and-fit-2016
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:33 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Siti Nursyafiqah binti Zamri (Pelajar Praktikal)


Bukit Aman, 21 Jan – Seramai 35 polis yang terdiri Pegawai Kanan Polis, pegawai dan anggota polis telah terpilih bagi mengikuti program ‘Trim And Fit 2016’ sebagai menyahut cabaran menurunkan berat badan agar menjamin kesihatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program yang telah dilancarkan pada 6 Januari lalu merupakan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL) untuk meningkatkan produktiviti dan mut kerja yang berkualiti.

“Aktiviti fizikal terbahagi kepada dua iaitu penggunaan gimnasium selama sejam, lima kali seminggu sebelah pagi atas nasihat JKWPKL dan ceramah pengambilan makanan individu”, ujar ASP Mohamad Ra’ayim Haji Jemakir ketika lawatan oleh media ‘Agence France-Presse’ di gimnasium Bukit Aman, pagi tadi.

Program rintis selama enam bulan itu bertujuan meningkatkan keterampilan polis sebagai ‘front liner’ agar memberikan imej positif terhadap pasukan.

_MG_1611
Antara peserta program ‘Trim And Fit 2016’ 

ArtikelDiterbitkan 21 Jan 2016 9.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM