Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

34 Saman Dikeluarkan Menerusi Operasi Cegah Lumba Haram

Published: 18 Jan 2016 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Taiping, 18 Jan- Polis mengeluarkan 34 saman atas pelbagai kesalahan menerusi operasi cegah lumba haram di kawasan Taman Tasek di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/34-saman-dikeluarkan-menerusi-operasi-cegah-lumba-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:44 MYT

Taiping, 18 Jan- Polis mengeluarkan 34 saman atas pelbagai kesalahan menerusi operasi cegah lumba haram di kawasan Taman Tasek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata saman itu dikeluarkan kepada sekumpulan remaja bermotosikal berumur 17 hingga 22 tahun kerana dipercayai mengganggu ketenteraman dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan taman berkenaan.

"Bertindak atas maklumat dan pemantauan, pihak kami telah menjalankan operasi selama tiga jam bermula pukul 5 petang hingga 8 malam dan menyita 12 buah motosikal kerana pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harith Kam berkata, pihaknya sedang memantau aktiviti remaja bermotosikal terbabit selain mencegah kejadian ragut bermotosikal.- BERNAMA

ArticlePublished 18 Jan 2016 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM