Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

34 Lelaki Berjaya Ditahan Marin Langkawi

Published: 09 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 34 lelaki warga tempatan berjaya ditahan Marin Langkawi dalam satu operasi yang dijalankan di persisiran Pantai Pulau Tuba, dekat sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/34-lelaki-berjaya-ditahan-marin-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:01 MYT

Langkawi, 9 Okt - Seramai 34 lelaki warga tempatan berjaya ditahan Marin Langkawi dalam satu operasi yang dijalankan di persisiran Pantai Pulau Tuba, dekat sini, petang tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata, operasi dijalankan bersama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

"Operasi yang dijalankan selama hampir 17 jam berjaya menahan seramai 34 orang," katanya.

"Pasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah turut membantu dalam serbuan ini," tambah beliau lagi.

Kesemua tangkapan diserahkan kepada AADK Negeri Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
34 Lelaki Berjaya Ditahan Marin Langkawi

ArticlePublished 09 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM