34 Lelaki Berjaya Ditahan Marin Langkawi
Langkawi, 9 Okt - Seramai 34 lelaki warga tempatan berjaya ditahan Marin Langkawi dalam satu operasi yang dijalankan di persisiran Pantai Pulau Tuba, dekat sini, petang tadi.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata, operasi dijalankan bersama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.
"Operasi yang dijalankan selama hampir 17 jam berjaya menahan seramai 34 orang," katanya.
"Pasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah turut membantu dalam serbuan ini," tambah beliau lagi.
Kesemua tangkapan diserahkan kepada AADK Negeri Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.