Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

33 Pati Ditahan Dalam Op Bersepadu

Published: 05 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sejumlah 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 73 individu yang diperiksa polis di tiga lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, awal hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/33-pati-ditahan-dalam-op-bersepadu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:17 MYT

Kota Kinabalu, 5 Sept - Sejumlah 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 73 individu yang diperiksa polis di tiga lokasi berasingan dalam Op Bersepadu di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata operasi mulai jam 1 pagi itu dijalankan di sekitar Kampung Gentisan, Kampung Loboh serta kawasan penempatan Taman Perindustrian Kota Kinabalu di Sepanggar.

Ia dijalankan susulan maklumat yang diperoleh mengenai kejadian jenayah melibatkan PATI sering berlaku di kawasan berkenaan.

"Polis turut menahan lima lelaki kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chandra berkata kesemua mereka ditahan dan didokumentasikan sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata operasi itu dianggotai empat pegawai dan 134 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan RELA. - BERNAMA

ArticlePublished 05 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM