Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

316 Bungkus Air Ketum Dan 60kg Daun Ketum Dirampas Di Kulim

Diterbitkan: 22 Nov 2016 2.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis merampas 316 bungkusan plastik berisi air ketum dan 60 kilogram daun ketum bernilai RM6,000 dalam dua serbuan serentak di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/316-bungkus-air-ketum-dan-60kg-daun-ketum-dirampas-di-kulim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:54 MYT
Alor Setar, 13 November 2016 - Polis merampas 316 bungkusan plastik berisi air ketum dan 60 kilogram daun ketum bernilai RM6,000 dalam dua serbuan serentak di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim petang tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Helmi Aris berkata, dalam
serbuan pada 5.30 petang itu, dua lelaki tempatan berusia 20-an turut ditahan ketika sedang leka merebus dan membungkus air ketum di lokasi pertama serbuan.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah kami menemukan 29 bungkusan plastik
mengandungi air ketum dan dua guni mengandungi daun ketum seberat 11 kilogram,"
katanya. 

Di lokasi kedua, 287 bungkusan air ketum dan 49 kilogram daun ketum yang diisi dalam lapan beg plastik turut ditemukan di sebuah rumah, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat di lokasi itu, katanya. 

Siasatan mendapati satu paket air ketum itu dijual dengan harga RM3 hingga RM7 dan pelanggan akan datang ke rumah suspek untuk membelinya.

Helmi berkata, serbuan itu dilakukan setelah mendapat maklumat daripada orang ramai yang melaporkan kegiatan itu dan jelasnya polis sudah beberapa kali melakukan serbuan di sekitar kawasan itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman
denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 22 Nov 2016 2.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM